Smiley face

Beli Rumah Secara Joint Loan

INFO PUSAKA | Beli rumah/hartanah secara JOINT NAME/LOAN

Contoh Kes : Suami beli rumah, kemudian letak nama isteri.

"Ingin menjaga hati isteri, bukti kasih dan sayang, memastikan hak isteri apabila suami meninggal dunia"

Tahukah anda?
Jika penama meninggal dunia, loan rumah masih tetap perlu terus dibayar. Penama rumah masih kekal milik arwah isteri. Untuk membuat pemindahan milik? Ianya perlu mendapat persetujuan semua waris si mati? Bagaimana situasinya jika penama lebih daripada seorang tetapi pinjaman dibayar oleh seorang penama?

Tahukah anda?
Jika salah seorang penama meninggal dunia, sebahagian hutang pinjaman perumahan akan dilangsaikan secara automatik jika rumah tersebut mempunyai skim takaful. Pembayaran untuk sebahagian lagi perlu diteruskan macam biasa.

Tahukah anda?
Purata masyarakat Islam 'terbuka hati' untuk menguruskan harta pusaka terutamanya harta tidak alih seperti rumah adalah selepas 3 hingga 4 tahun. Apakah prosedurnya? Berapa kos tanggungannya? Statistik pada tahun 2013 mencatatkan sebanyak RM66.6 bilion harta pusaka terbeku dimana lebih 90% adalah aset tidak alih yg antaranya adalah hartanah

Tahukah anda?
Semakin banyak rumah/hartanah yang anda miliki, maka semakin tinggi kos yang waris anda perlu keluarkan untuk menguruskannya. Siapa dikalangan waris yg sudi untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk tujuan tersebut?

Tahukah anda?
Setiap hartanah yang anda miliki akan dipecahkan kepada beberapa bahagian melihat kepada berapa bilangan waris yang berhak ke atas segala harta pusaka anda mengikut hukum faraidh. Siapakah waris tersebut? Berapa pecahan yang akan dimiliki oleh setiap waris?

Tahukah anda?
Jika sebahagian hartanah tersebut anda miliki melalui kaedah "joint name". Terdapat 2 penama atau lebih, maka sebahagian daripada hartanah tersebut akan menjadi harta pusaka apabila pemiliknya meninggal dunia. Sebahagian itulah yang akan dikongsi kesemua waris.

Tahukah anda?
Jika ada hartanah yang anda beli secara pinjaman tidak dilindungi oleh Sistem Takaful, maka bebanan tanggungan untuk menjelaskan hutang baki akan dibebankan ke atas waris yang anda tinggalkan. Jika waris tidak mampu menjelaskan hutang tersebut, hartanah akan dilelong.

Tahukah anda?
Apabila anda lambat menguruskan proses pindah milik, jika si mati mempunyai ibu dan ayah dan salah seorang di antara mereka meninggal dunia sebelum sempat pindah milik dilakukan. Adik beradik kepada si mati akan berkongsi bahagian ke atas harta si mati.

Tahukah anda?
Jika anda termasuk di kalangan situasi berikut, anda perlu segera bertindak memastikan siapa yang perlu mewariskan hartanah yang anda miliki pada hari ini. Jika tiada kesepakatan antara waris, pasti akan timbul masalah dikemudian hari. Mereka itu ialah :
■ Tiada anak lelaki (Pusaka dikongsi adik beradik jika ayah tiada)
■ Tidak mempunyai anak
■ Memiliki anak angkat (Tidak mewarisi harta pusaka)
■ Berpoligami (Pecahan pusaka ke atas setiap isteri & anak³)
■ Memiliki Anak istimewa/OKU/Sakit (Perlu Pemegang amanah)
■ Memiliki anak bawah umur 18 tahun

Apakah jalan penyelesaian yang ada?

Wasiat? Ramai beranggapan, dengan wasiat sahaja boleh menyelesaikan semua masalah perwarisan hartanah. Tetapi, ramai yang tidak sedar bahawa wasiat tersebut hanya akan terlaksana jika semua waris bersetuju ke atas wasiat tersebut. Ramai juga tidak sedar, kos pengurusan ke atas pengurusan harta pusaka & wasiat juga menjadi punca harta terbeku pada hari ini.

Hibah? Ya, inilah kaedah terbaik untuk mewariskan hartanah anda kepada orang yang anda sayangi. Hartanah yang dihibahkan tidak akan termasuk dalam harta pusaka yang ditinggalkan oleh pemilik hartanah dan ia tidak akan dikongsi bersama waris yang lain.

Kebolehpercayaan jika membuat dokumen hibah melalui kami? Lebih daripada 120 perintah hibah yang telah diterima dan diuruskan mengikut kaedah menepati hukum syarak. Dipantau oleh Ahli Panel Syariah yang pakar dalam bidang mawarith (Harta Pusaka) serta telah beroperasi lebih daripada 11 tahun.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Harta Pusaka, Penulisan Wasiat, Dokumentasi Hibah, Faraidh dan sebagainya boleh hubungi wakil kami. Consultancy adalah PERCUMA

0132748963
En. azizie Hamzah
Wasiyyah Shoppe Bhd
Share on Google Plus

About azizie

Penulis berpengalaman luas dalam pengurusan dan perancangan harta pusaka Islam. Pernah mengikuti Kursus Pengajian Syariah Sepanjang Hayat anjuran Fakulti Pengajian Syariah, UKM. Kini sedang menuntut Pengajian Fiqh Mawarith di UIAM.

0 comments :

Post a Comment